Monday, May 9, 2011

3 Hamba ALLAH

Alkisah Di Sebuah Negara M Yang Agaklah Boleh Tahan Aman Dan Makmurnya,
Terdapat 3 Hamba ALLAH Yang Mempunyai Matlamat Yang Sama,
Yakni Membantu Rakyat dan Negara,
Mereka Juga SUka Bersaing Sesama Mereka Bertiga,
Tiap2 Dari Mereka Terdapat Kumpulan Penyokong Mereka Yang tersendiri,
Hamba A Mempunyai Sokongan Yang Amat Padu Dari Rakyat Jelata,
DIa Diberi Kuasa Untuk  Memerintah Negara M,
Begitu Juga Dgn Hamba B,
Beliau Juga Mempunyai Sokongan Padu Yang Kuat Dari Rakyat,
CUma Hamba B masih Belum Berjaya Untuk Mengambil Alih Kuasa Hamba A untuk Memerintah,
Manakala Hamba C ini Hanyalah Seorang Hamba Biasa,
Tidaklah Mempunyai Sokongan Yang Besar,
Hanyalah Sokongan Dari Rakan Terdekat dan Ahli Keluarga.

Pada SUatu Hari Yang Cerah,
Di Sebuah Kampung Yang Diberi Nama Kampung Y,
Terdapatlah Masaalah Yang Melanda Kampung Tersebut,
Sistem Kumbahan Di Salah Sebuah Rumah Mengalami Masalah,
Maka Bertandanglah Orang Kampuang Bersama Penghulunya Ke Rumah Pak Jabit,
Rumah Yang Mengalami Masalah Kumbahan Tersebut,
Pak Jabit Hanyalah Seorang Pekebun Kecil-Kecilan,
Tidaklah DIa Mempunyai Anak dan Isteri Mahupun Harta,
Hidup Sebatang Kara,
Kais Pagi Makan Pagi,
Kais Petang Makan Petang,
Begitulah Kehidupan Harian Pak Jabit,
Tetapi Malang Tidaklah Berbau,
Seminggu Yang Lalu Pak Jabit Terjatuh Dari Motorsikal Buruknya,
Maka Terpaksalah Pak Jabit Dibantu Jiranya Pak Kasim Ke Hospital Untuk Merawat Lukanya Yang Teuk,
Disebabkan Faktor Umurnya Yang Dah Tua,
Maka Makin Bertambah Parah Lukanya Pak Jabit,
Tidak Dapat Dia Bekerja,
Hanya Mengharapkan Ehsan Pak Kasim Sekeluarga,

Pak Jabit Yang Tidak Bekerja Tidak Dapat Melunaskan Hutangnya Kepada Syarikat Sistem Kumbahan,
Maka Tidak Diservicelah Sistem Kumbahan Di Rumah Pak Jabit Oleh Syarikat Tersebut,
Apabila Hujan,
Air Kumbahan Akan Melimpah Keluar,
Ini Membuatkan Bau Busuk Melanda Seluruh Kampung,
Maka Bertandanglah Tuk Penghulu Bersama Penduduk Kampung Ke Rumah Pak Jabit,
Dengan Harapan Masalah Ini Dapat Diselesaikan,
Tetapi Malangnya,
Tiada Siapa pun Yang Sanggup membantu Pak Jabit Dalam Melunaskan Hutangnya Kepada Syarikat Kumbahan,
Masing-Masing mempunyai Masalah Yang Sendiri,
Dengan Kenaikan Harga Minyak Yang Mendadak,
Harga Barangan Keperluan Harian Juga Turut Naik,
Ini Menyebabkan Orang-Orang Kampuang yang Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap Berhadapan Dengan Masalah Kewangan Yang Serius,
Tidak Berdaya Untuk Mereka Membantu Pak Jabit Yang Sakit,

Maka Kedengaranlah Berita Ini Kepada Ketiga-Tiga Hamba ALLAH yakni Hamba A, Hamba B, dan Hamba C,
Masing-Masing Berasa Dukacita Dengan Berita Tersebut,
Maka Bertandanglah Hamba A pada Keesokan harinya,
Kedatangan Hamba A diraikan Dengan Penuh Gemilang,
Kegembiraan Terpancar di Muka Penduduk Kampung Yang Kuat Menyokong Hamba A Dengan Harapan Masalah Kampung Mereka Dapat Diselesaikan,
Tapi Malangnya Kedatangan Hamba A tidak Disenangi Dengan Penyokong Hamba B,
Maka Berlakulah Pertengkaran Diantara Penyokong Hamba A dan Hamba B,
Tetapi Dengan Adanya Polis Yang Cekap,
Masalah Pertengkaran Ini Dapat Dihentikan,
Hamba A terus Ke Rumah Pak Jabit Untuk Bertemu Dengannya.

Bersambung~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

disable

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme