Monday, May 9, 2011

3 Hamba ALLAH Part 2

Sambungan

Hamba A: Asalamualaikum Pak Jabit, bagaimana keadaan Pak Jabit?

Pak Jabit: waalaikumsalam Datok Seri, Macam ni lah Keadaan Saya, Terima Kasihlah Sangat-Sangat Kerana Sudi Hadir Ke teratak saya yang tak seberapa ni, mintak maaflah sebab baunya agak tidak menyenangkan.

Hamba A: tak apa, memang dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu rakyat yang kesusahan, apa yang terjadi Sebenarnya Pak Jabit?

Pak Jabit: saya ni hidup sebatang kara jer, tiadalah keluarga ataupun harta, minggu lepas, saya mengalami kecelakaan, motor yang saya tunggani terjatuh, maka saya terpaksa dimasukan ke hospital akibat keceraan yang serius disebabkan faktor umur saya, saya ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jadi bila dah tak boleh nak bekerja, saya terpaksa mengharapkan ehsan jiran-jiran saya. Dipendekkan cerita, saya tak mampu nak bayar hutang bil pembentungan sistem kumbahan, bila hujan jer air akan naik, jadi bau-bau yang semerbak akan keluar.

Hamba A:ishx3, kesian Pak Jabit. Dengar sini wahai penduduk-penduduk kampung, masalah seperti ini sangatlah besar, kita seharusnya membantu Pak Jabit, kita tidak boleh tinggalkan dia sorang-sorang macam ni, kita sepatutnya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Pak Jabit agar hidupnya lebih selesa. macam ni lah Pak Jabit, Besok Saya Akan mintak Setiausaha Saya Sediakan Cek Bernilai Rm5000, Mintak Tolong Tok Penghulu Datang Ambil Cek tersebut diperjabat saya, muda-mudahan dgn adanya Subsidi ni dapat membantu hidup Pak Jabit.

Pak Jabit: terima Kasih Datok Seri, Muda-mudahan ALLAH panjangkan Umur Datok Seri.

Penyokong Hamba A: Hidup Datok Seri! Hidup Datok Seri! Hidup Datok Seri!

Tok Penghulu: ahh, mintak maaf Datok Seri, Malam Ni Lepas Sembahyang Isya` Kami Ada Menyediakan jamuan Ringkas Di Dewan Kampung Sempena Kehadiran Datok Seri Ke Kampung Kami, Jadi Saya Pohon Datok Seri Hadir Untuk Memeriahkan Lagi Majlis Tersebut.

Hamba A: Baiklah, Lepas Isya` Saya AKan Hadir.

Tok Penghulu: Terima Kasih Datok Seri!

Di Dewan Kampung

Hamba A: Sesungguhnya Keamanan, Kemakmuran, Kesenangan Hidup yang Kita Ada Sekarang Adalah Hasil Peluh Susah Senang Pejuang-Pejuang Pada Zaman Dahulu, Merekalah Yang Telah Berkorban Harta Dan Nyawa Untuk Kesenangan Hidup Kita Sekarang, Dan Saya Sebagai Wakil Kepada Mereka AKan Memastikan Yang Negara Kita Akan Terus Maju!

Penyokong Hamba A: Ya Hidup Datuk Seri!

Hamba A: Janganlah Kita Terpedaya Dengan Hamba B dan Sekutunya, Sesungguhnya Janji dan Kata-Kata Daripada Mereka Hanyalah Omong Kosong, Mereka Hanya Pandai Meabur Janji, Tapi Tidak Pandai Untuk Melaksanaknya, Tak Kan Kita Mudah Percaya Dengan Apa Yang Dikatakan Oleh Hamba B ya Tuan-Tuan Dan Puan-Puan, Dengan Segala Kes Dan Pertuduhan Yang Dihadapi Olehnya, Kita Dapat Menilai Yang Dia Bukanlah Seorang Pemimpin Yang Berwibawa, Kes Sodom, Penyebaran Pita TuuuuuuuT dan Sebagainya. Tak Kan Kita Mahu Mempunyai Pemimpin Seperti Beliau Untuk Memimpin Negara Kita DI Masa Hadapan. (Menyambung Syarahan Beliau Sambil Mengutuk Hamba B dan Sekutunya)

Akhir Perucapan

Hamba A: Ya Marilah Sama-Sama Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Terus Menerus Menyokong Kerajaan, Hanya Kerajaan Pimpinan Bumno Dan B&N yang Dapat Membantu Membangunkan Negara dan Rakyat Jelata, Sekian Terima Kasih.

Penyokong Hamba A: Ya Betul! Kami Setuju! Satu M! (Sambil Berteriak Kegembiraan).

Bersambung~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

disable

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme