Sunday, May 15, 2011

Melayu Pemalas?

Salam,
Kalau Dr. M cakap "Melayu Mudah Lupa",
Kalau Aku pulak Cakap "Melayu Pemalas".
Kaw-Kaw Aku kutuk Bangsa Aku Sendiri.
Kenapa AKu Cakap Melayu Pemalas?
Sebab Melayu SUka Buat Kerja Senang-Senang Jer,
Tak Caya?

Scene 1:

Berita Tv 300: Harini Kerajaan Mengumumkan Kenaikan Harga Minyak.
Ahmad: Cela@$, bA#@, Punya Kerajaan, Ko Ingat Kitorang Ni Kaya Raya Ker Macam Korang, Siot Betul Minyak Naik Harga Lagi!
Ibu: Ahmad, Pergi Kedai Jap, Belikan Cili Sos, Abahko Balik Nanti Nak Makan Chicken Chop Tak Ader Cili Sos Pulak, Mengamuk Orang TUa Tu!
Ahmad: Ala Mak! Orang Malas Arr, Mak Jer Lah Pergi Sendiri! Orang Penat Ni....
Ibu: Ala Mad, Bukan Jauh Mana Pun Kedai Tu, Tak Sampai 5 minit Jer pun Kalau Jalan Kaki, Kalau Naik Basikal 2 mINIT jER, kALAU nAIK mOTOR 1 Minit Jer Pun. Nanti Ibu Bagilah Upah.
Ahmad: Yerlah2...

Lalu Ahmad Pun Pergi Ke Kedai MemBeli Cili SOs Untuk Abahnya Dengan Menaiki Motor.

___________________________________________________________________________________

Teringat Zaman Masa Aku Habis Sekolah Dulu, Bila Dah Dapat Lesen Kereta,
Abis Aku Tinggalkan Basikal Aku,
paDahal Dari Zaman Sekolah Rendah,
Sampailah Zaman Sekolah Menengah,
Basikallah Pengangkutan Harian Aku,
Bila Dah Dapat Lesen Kereta,
Basikal Pun Tak Nampak,
LAstkali Basikal tu Jadi Besi Buruk,
Tapi Semalam Aku Gi Hantar Repair,
Kenalah Dalam Rm85,
Abis Duit Aku,
Tapi Prestasi Basikal Tu dah Tak Maccam Dulu,
Maklumlah Dah Lama Tak Guna,
Baru Kayuh Dari Rumah SAmpai Hospital Banting,
Dah Tercungap-cungap,
(padahal Diri Sendiri Yang Dah Tak Larat Bawak Basikal, Nak Salahkan Basikal Pulak)
Hahaha....
Dua-Dua Pun Memainkan Faktor Pulak,
Nak Beli Basikal Barulah. =)

Tuesday, May 10, 2011

tuto tuk tipah, nasha dan ekin

cara-cara nak compress file/gambar/movie/macam-macam.
korang kenalah ada winrar ataupun winzip, rasanya dah ada kat lappy korang, cuma korang jer tak perasan.
1)pilih gambar yang korang nak compress.


2)lepas pilih, right clik gambar tersebut, akan keluar menu pilihan. kilk pada add to archieve.
3) akan keluar menu seperti gambar dibawah, lepastu klik butang ok.
4) dah siap compress, pergi pada multiupload macam gambar kat bawah.
5)klik pada browse, dan pilih file yang korang dah compress macam kat gambar tu.
6)tekan butang upload, dan dia akan upload automatik.
7)siap upload, copy link kat bawah tu, lepastu send kat aku
.
8) terima kasih pada tipah, ekin dan nasha.
9)aku tunggu gambar2 tu.
10) =)

Apa Kata Anda

Aku Speechless Bila Tengok Benda Ni.
Hahaha,
Kejadian Berlaku Dekat Banting, Jam 10.15 Pagi, Berdekatan Klinik tuuuuuuuuut. Hahaha...




 waktu mamat tu parking kat situ, aku ingat nak hon jer dia, bagi tahu situ bukan tmpt parking basikal, tapi bila pikir balik kang tak dapatlah aku nak snap gambar ni. hahaha. jahat betul aku!



 ni lah dia owner basikal tu, buat muka tak bersalah. muka mintak kaki pun ada. hahaha...

Monday, May 9, 2011

3 Hamba ALLAH Part 2

Sambungan

Hamba A: Asalamualaikum Pak Jabit, bagaimana keadaan Pak Jabit?

Pak Jabit: waalaikumsalam Datok Seri, Macam ni lah Keadaan Saya, Terima Kasihlah Sangat-Sangat Kerana Sudi Hadir Ke teratak saya yang tak seberapa ni, mintak maaflah sebab baunya agak tidak menyenangkan.

Hamba A: tak apa, memang dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu rakyat yang kesusahan, apa yang terjadi Sebenarnya Pak Jabit?

Pak Jabit: saya ni hidup sebatang kara jer, tiadalah keluarga ataupun harta, minggu lepas, saya mengalami kecelakaan, motor yang saya tunggani terjatuh, maka saya terpaksa dimasukan ke hospital akibat keceraan yang serius disebabkan faktor umur saya, saya ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jadi bila dah tak boleh nak bekerja, saya terpaksa mengharapkan ehsan jiran-jiran saya. Dipendekkan cerita, saya tak mampu nak bayar hutang bil pembentungan sistem kumbahan, bila hujan jer air akan naik, jadi bau-bau yang semerbak akan keluar.

Hamba A:ishx3, kesian Pak Jabit. Dengar sini wahai penduduk-penduduk kampung, masalah seperti ini sangatlah besar, kita seharusnya membantu Pak Jabit, kita tidak boleh tinggalkan dia sorang-sorang macam ni, kita sepatutnya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Pak Jabit agar hidupnya lebih selesa. macam ni lah Pak Jabit, Besok Saya Akan mintak Setiausaha Saya Sediakan Cek Bernilai Rm5000, Mintak Tolong Tok Penghulu Datang Ambil Cek tersebut diperjabat saya, muda-mudahan dgn adanya Subsidi ni dapat membantu hidup Pak Jabit.

Pak Jabit: terima Kasih Datok Seri, Muda-mudahan ALLAH panjangkan Umur Datok Seri.

Penyokong Hamba A: Hidup Datok Seri! Hidup Datok Seri! Hidup Datok Seri!

Tok Penghulu: ahh, mintak maaf Datok Seri, Malam Ni Lepas Sembahyang Isya` Kami Ada Menyediakan jamuan Ringkas Di Dewan Kampung Sempena Kehadiran Datok Seri Ke Kampung Kami, Jadi Saya Pohon Datok Seri Hadir Untuk Memeriahkan Lagi Majlis Tersebut.

Hamba A: Baiklah, Lepas Isya` Saya AKan Hadir.

Tok Penghulu: Terima Kasih Datok Seri!

Di Dewan Kampung

Hamba A: Sesungguhnya Keamanan, Kemakmuran, Kesenangan Hidup yang Kita Ada Sekarang Adalah Hasil Peluh Susah Senang Pejuang-Pejuang Pada Zaman Dahulu, Merekalah Yang Telah Berkorban Harta Dan Nyawa Untuk Kesenangan Hidup Kita Sekarang, Dan Saya Sebagai Wakil Kepada Mereka AKan Memastikan Yang Negara Kita Akan Terus Maju!

Penyokong Hamba A: Ya Hidup Datuk Seri!

Hamba A: Janganlah Kita Terpedaya Dengan Hamba B dan Sekutunya, Sesungguhnya Janji dan Kata-Kata Daripada Mereka Hanyalah Omong Kosong, Mereka Hanya Pandai Meabur Janji, Tapi Tidak Pandai Untuk Melaksanaknya, Tak Kan Kita Mudah Percaya Dengan Apa Yang Dikatakan Oleh Hamba B ya Tuan-Tuan Dan Puan-Puan, Dengan Segala Kes Dan Pertuduhan Yang Dihadapi Olehnya, Kita Dapat Menilai Yang Dia Bukanlah Seorang Pemimpin Yang Berwibawa, Kes Sodom, Penyebaran Pita TuuuuuuuT dan Sebagainya. Tak Kan Kita Mahu Mempunyai Pemimpin Seperti Beliau Untuk Memimpin Negara Kita DI Masa Hadapan. (Menyambung Syarahan Beliau Sambil Mengutuk Hamba B dan Sekutunya)

Akhir Perucapan

Hamba A: Ya Marilah Sama-Sama Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Terus Menerus Menyokong Kerajaan, Hanya Kerajaan Pimpinan Bumno Dan B&N yang Dapat Membantu Membangunkan Negara dan Rakyat Jelata, Sekian Terima Kasih.

Penyokong Hamba A: Ya Betul! Kami Setuju! Satu M! (Sambil Berteriak Kegembiraan).

Bersambung~

3 Hamba ALLAH

Alkisah Di Sebuah Negara M Yang Agaklah Boleh Tahan Aman Dan Makmurnya,
Terdapat 3 Hamba ALLAH Yang Mempunyai Matlamat Yang Sama,
Yakni Membantu Rakyat dan Negara,
Mereka Juga SUka Bersaing Sesama Mereka Bertiga,
Tiap2 Dari Mereka Terdapat Kumpulan Penyokong Mereka Yang tersendiri,
Hamba A Mempunyai Sokongan Yang Amat Padu Dari Rakyat Jelata,
DIa Diberi Kuasa Untuk  Memerintah Negara M,
Begitu Juga Dgn Hamba B,
Beliau Juga Mempunyai Sokongan Padu Yang Kuat Dari Rakyat,
CUma Hamba B masih Belum Berjaya Untuk Mengambil Alih Kuasa Hamba A untuk Memerintah,
Manakala Hamba C ini Hanyalah Seorang Hamba Biasa,
Tidaklah Mempunyai Sokongan Yang Besar,
Hanyalah Sokongan Dari Rakan Terdekat dan Ahli Keluarga.

Pada SUatu Hari Yang Cerah,
Di Sebuah Kampung Yang Diberi Nama Kampung Y,
Terdapatlah Masaalah Yang Melanda Kampung Tersebut,
Sistem Kumbahan Di Salah Sebuah Rumah Mengalami Masalah,
Maka Bertandanglah Orang Kampuang Bersama Penghulunya Ke Rumah Pak Jabit,
Rumah Yang Mengalami Masalah Kumbahan Tersebut,
Pak Jabit Hanyalah Seorang Pekebun Kecil-Kecilan,
Tidaklah DIa Mempunyai Anak dan Isteri Mahupun Harta,
Hidup Sebatang Kara,
Kais Pagi Makan Pagi,
Kais Petang Makan Petang,
Begitulah Kehidupan Harian Pak Jabit,
Tetapi Malang Tidaklah Berbau,
Seminggu Yang Lalu Pak Jabit Terjatuh Dari Motorsikal Buruknya,
Maka Terpaksalah Pak Jabit Dibantu Jiranya Pak Kasim Ke Hospital Untuk Merawat Lukanya Yang Teuk,
Disebabkan Faktor Umurnya Yang Dah Tua,
Maka Makin Bertambah Parah Lukanya Pak Jabit,
Tidak Dapat Dia Bekerja,
Hanya Mengharapkan Ehsan Pak Kasim Sekeluarga,

Pak Jabit Yang Tidak Bekerja Tidak Dapat Melunaskan Hutangnya Kepada Syarikat Sistem Kumbahan,
Maka Tidak Diservicelah Sistem Kumbahan Di Rumah Pak Jabit Oleh Syarikat Tersebut,
Apabila Hujan,
Air Kumbahan Akan Melimpah Keluar,
Ini Membuatkan Bau Busuk Melanda Seluruh Kampung,
Maka Bertandanglah Tuk Penghulu Bersama Penduduk Kampung Ke Rumah Pak Jabit,
Dengan Harapan Masalah Ini Dapat Diselesaikan,
Tetapi Malangnya,
Tiada Siapa pun Yang Sanggup membantu Pak Jabit Dalam Melunaskan Hutangnya Kepada Syarikat Kumbahan,
Masing-Masing mempunyai Masalah Yang Sendiri,
Dengan Kenaikan Harga Minyak Yang Mendadak,
Harga Barangan Keperluan Harian Juga Turut Naik,
Ini Menyebabkan Orang-Orang Kampuang yang Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap Berhadapan Dengan Masalah Kewangan Yang Serius,
Tidak Berdaya Untuk Mereka Membantu Pak Jabit Yang Sakit,

Maka Kedengaranlah Berita Ini Kepada Ketiga-Tiga Hamba ALLAH yakni Hamba A, Hamba B, dan Hamba C,
Masing-Masing Berasa Dukacita Dengan Berita Tersebut,
Maka Bertandanglah Hamba A pada Keesokan harinya,
Kedatangan Hamba A diraikan Dengan Penuh Gemilang,
Kegembiraan Terpancar di Muka Penduduk Kampung Yang Kuat Menyokong Hamba A Dengan Harapan Masalah Kampung Mereka Dapat Diselesaikan,
Tapi Malangnya Kedatangan Hamba A tidak Disenangi Dengan Penyokong Hamba B,
Maka Berlakulah Pertengkaran Diantara Penyokong Hamba A dan Hamba B,
Tetapi Dengan Adanya Polis Yang Cekap,
Masalah Pertengkaran Ini Dapat Dihentikan,
Hamba A terus Ke Rumah Pak Jabit Untuk Bertemu Dengannya.

Bersambung~~

Saturday, May 7, 2011

Demam-Fokus

Asalamualaikum,
orang kata kalau kita demam kita akan fokus lebih pada satu2 perkara,
betul  ker?
mungkin ikut individu kot,
sebab aku dah try,
bila aku demam,
langsung tak boleh fokus,
elok2 nak buat cake jadi mousse,
alkisahnya msa final practical aritu,
aku kena buat dessert,
n aku pilih untuk buat tiramisu cake,
tapi disebabkan masatu demam panas,
aku langsung tak boleh fokus,
dan disebabkan jugak alatan yang limited,
dan terpaksa berebut dgn kumpulan lain,
maka tiramisu cake aku tu jadi tiramousse,
hahaha,
sebab apa,
sebab kurang gelatine dalam cake,
base untuk tiramisu aka sponge cake tak ada,
lady finger celup nescafe pun tak ada,
coco powder tuk garnishing pun tak ada,
sebab tu chef cakap mousse.
hahaha...


 
yang ni tiramisu, ada base, lady finger, cocoa powder

 yang ni pulak chocolate mousse

lari sangat2 dari perancangan awal, dari cake, jadi mousse, sume gara2 demam. hahaha
kesimpulanya, kalau dah demamtu, memang payahlah nak fokus.

p/s:gambar amek kat google jer, malu nak upload gambar yang betul. hahaha...
p/ss: nak resepi? nanti aku tulis resepi k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

disable

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme